facebook, michat, telegram, Uncategorized, watsapp, youtube

Program pemeriksaan “MATA” dan sumbangan cermin mata sk, kipouvo penampanag

Penampang : Kenny Chua dalam lawatan kerja dan penyampaian sumbangan cermin mata kepada pelajar sk,Kipouvo

Tujuan lawatan kerja ini ialah untuk meninjau keadaan fizikal sekolah, kemudahan dan infrastruktur sekolah juga. Jika ada keperluan yang mendesak dan perlu diperbaiki segera pihak sekolah akan dibantu mana yang perlu dan mengikut keutamaan

Semantara itu kata Kenny juga penyampaian sumbangan cermin mata itu akan dilakukan secara berperingkat dengan mengambil masa tempoh untuk membuat lawatan sekolah

Kata KENNY mata adalah organ terpenting di dalam pembelajaran kanak-kanak di mana dikatakan 80 peratus daripada apa yang dipelajarai adalah lebih kepada penghilatan

Program ini adalah satu aktiviti tanggunjawab sosial demi kebajikan keselesaan para pelajar sk, kipouvo dan keluarga kurang berkemampuan yang mengalamai masalah penglihatan seperti rabun jauh dan rabun dekat

Kita akan minta pihak sekolah mendapatakan nama mereka yang benar benar memerlukan termasuklah saringan mata kata (BERNAMA)

kita berharap dengan sumbangan ini dapat memberi semangat kepada pelajar-pelajar seterusnya membolehkan mereka menumpukan sepenuh perhatian semasa pembelajaran dalam kelas”, kata Kenny

beliau turut berkata peruntukan untuk sekolah sentiasa menjadi keutamaanya memandangkan institusi pendidikan adalah permulaan dalam melahirkan generasi yang cemerang.

facebook, michat, telegram, Uncategorized, watsapp, youtube

LIGS Penerima Sijil Pengurusan Hutan (FSC – Forest Stewardship Council ) Pertama di Malaysia

LIGS Penerima Sijil Pengurusan Hutan (FSC – Forest Stewardship Council) pertama di Malaysia

22 Januari 2024

KOTA KINABALU: Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) di bawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah telah berjaya mendapat Pensijilan Pengurusan Hutan bagi kategori getah daripada Forest Stewardship Council yang pertama di Malaysia.

Isu pemanasan global atau perubahan iklim merupakan topik hangat di seluruh dunia dan seringkali dikaitkan dengan program pembangunan ladang yang mengakibatkan ketidakseimbangan ekosistem, justru ia menjadi antara cabaran-cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani bersama.

Negara yang kaya dengan alam flora dan fauna perlu menekankan pengurusan alam sekitar yang listari sejajar dengan program-program pembangunan ladang dan pembangunan tanah pekebun kecil, dengan mengutamakan pengurusan kawasan secara teratur.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan berkata demikian di majlis Penyampaian Sijil Forest Stewardship Council (FSC) di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian Sabah hari ini.

Continue reading “LIGS Penerima Sijil Pengurusan Hutan (FSC – Forest Stewardship Council ) Pertama di Malaysia”
facebook, michat, telegram, Uncategorized, watsapp, youtube

Memperingati perjuangan gerila Kinabalu menentang jepun

Memperingati perjuangan gerila kinabalu menentang jepun

MEMPERINGATI PERJUANGAN GERILA KINABALU MENENTANG JEPUN

21 Januari 2024

PUTATAN: Sekitar 1,300 orang menghadiri Upacara Memperingati Mangsa-mangsa Perang Petagas di Tugu Peringatan Petagas untuk menghargai perjuangan Gerila Kinabalu menentang Jepun.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor setelah menerima tabik hormat dan tiupan “Las Post” bersama semua hadirin, mengambil masa bertafakur selama 20 saat untuk mengenang mereka yang telah terkorban.

Beliau kemudiannya mendahului istiadat meletakkan karangan bunga diikuti lapan belas lagi yang lain dan antaranya ialah wakil Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Robert Lipon; Konsul General Republik Rakyat China Kota Kinabalu, Huang Shi Fang; dan wakil Setiausaha Persekutuan Sabah Patrick Laing Ngau.

Albert Kwok sebagai ketua Guerila Kinabalu yang berasal dari Sarawak bersama lima lagi ketua kumpulan telah dipenggal kepala sementara 170 yang lain ditembak mati sebelum subuh dalam bulan Januari 1944. 130 pensimpati telah dibawa ke Labuan namun hanya 11 yang terselamat dan jenazah mereka yang mati kemudiannya telah dibawa ke Petagas untuk dikebumikan.

Guerila Kwok berjaya membunuh sekitar 70 askar Jepun dan seterusnya menawan Jesselton (Kota Kinabalu) selama sehari sebelum kerahan tentera Jepun dikejarkan dari Sarawak untuk menghentikan pemberontakan.

Tanpa belas kasihan, Jepun mengejar anggota gerila sehingga ke Kota Belud dan pulau-pulau terpencil sehingga ramai yang terbunuh. Sekitar 100 orang diseksa sampai mati, sementara yang lain dibawa ke Petagas untuk menerima nasib.

Program tahunan ini diadakan untuk mengenang mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum di Sabah di bawah pimpinan Albert Kwok menentang penjajahan Jepun.

Admin : suara KDMR

facebook, michat, telegram, Uncategorized, watsapp, youtube

KDCA rumah keluarga kita – Jeffrey

PENAMPANG: 20 Januari 2024, Bulawan Sigah, Huguan Siou Lundu Mirongod, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan menghadiri majlis KDCA Huguan Siou Awards 2021 yang berlangsung di Grand Ballroom 2, Tingkat 2, ITCC Penampang hari ini.

Kitingan mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur KDCA kerana telah memberi masa untuk mengiktiraf dan mengaprisiasi para pemimpin, dan juga kepada para penyumbang anugerah-anugerah yang telah disampaikan.

Katanya, setiap tahun KDCA mengadakan majlis santai-santai “Thanks Giving & Goodwill Dinner”, dan kehadiran para pemimpin lama dan baru memeriahkan lagi majlis tersebut.

“Anggaplah KDCA ini sebagai rumah keluarga kita, dan kita sebagai anak-anak, bila sudah dewasa akan berpergian disebabkan kerja dan tanggungjawab.

“Takkan lah kita lupa rumah dan keluarga.

“Baliklah untuk berkongsi pengalaman di tengah perjalanan kita masing-masing. Kalau ada rezeki, bawalah sedikit untuk rumah dan keluarga KDCA kita,” katanya.

Tambahnya lagi, organisasi itu sangat berjaya dan kalau ia sebuah rumah dan keluarga, sudah tentu ketuanya akan mencari anak-anaknya.

Admin : Suara KDMR

facebook, michat, telegram, Uncategorized, watsapp, youtube

Sabah, sarawak layak dapat tambahan kerusi parlimen sebagai rakan kongsi- Kenny Chua

16/1/2024

Sabah, Sarawak layak dapat tambahan kerusi parlimen sebagai rakan kongsi – Kenny

KOTA KINABALU: Status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi sama rata apabila menyertai persekutuan Malaysia cukup kukuh sebagai alasan untuk menuntut lebih banyak kerusi di Dewan Rakyat.

Naib Presiden Parti Solidariti Tanahairku (Sabah Star) Datuk Kenny Chua (gambar) dalam satu kenyataan berkata atas sebab ini sahaja, kedua-dua negeri Borneo ini sepatutnya menikmati perwakilan yang kukuh dan adil dalam parlimen.

“Tahun lepas, Sabah dan Sarawak telah diberi status wilayah, bukan lagi hanya dua negeri di negara ini. Ini adalah pengiktirafan status kami sebagai rakan kongsi dalam persekutuan.

“Jadi, sewajarnya, saya fikir ini juga harus dicerminkan dalam jumlah perwakilan kita yang kita ada di parlimen,” katanya.

Chua berkata demikian sebagai menyokong usaha kerajaan negeri pimpinan GRS yang diketuai oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor yang telah bekerja keras dalam memastikan penambahan kerusi parlimen bagi negeri Sabah.

Sabah dijangka menyaksikan peningkatan hampir 50 peratus dalam perwakilan di parlimen pada pilihan raya umum akan datang pada 2027, demikian dilaporkan baru-baru ini.

Ini akan menjadikan bilangan kerusi semasa daripada 25 kepada 37.
Jumlah keseluruhan kerusi parlimen ialah 222 dengan Sabah dan Sarawak hanya mempunyai jumlah gabungan 60, kurang daripada satu pertiga.

“Dengan tambahan bilangan kerusi parlimen, suara kita akan lebih lantang di peringkat persekutuan,” kata Chua.

Beliau menolak pendapat bahawa Sabah dan Sarawak tidak mempunyai asas untuk menuntut lebih banyak kerusi kerana peratusan penduduk mereka adalah kurang daripada di Malaya.

“Secara geografi, Sabah dan Sarawak mempunyai kawsan tanah yang lebih luas daripada negeri lain di Malaya. Dan jangan kita lupa bahawa ahli parlimen kita bukan sahaja berkhidmat untuk rakyat di kawasan masing-masing tetapi juga perlu melihat kepada keperluan pembangunan fizikal kawasan bersaiz besar mereka.

“Mereka memerlukan peruntukan yang lebih besar untuk melihat keperluan pembangunan kawasan geografi yang besar, lebih besar daripada negeri lain di Malaya.

Banyak kawasan yang terlalu jauh untuk dicapai.

“Pada masa ini, peruntukan mereka terbukti tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan ini,” hujahnya.

Beliau mengimbas kembali kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengakui sejak 1963, Sabah dan Sarawak telah banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara, dan kini adalah masa terbaik untuk pihak persekutuan membangunkan kedua-dua wilayah, selaras dengan pembangunan di seluruh kepulauan Borneo, termasuk Kalimantan, Indonesia.

Chua menambah bahawa pihak yang mempersoalkan justifikasi ini gagal menyedari bahawa pada mulanya Sabah dan Sarawak adalah rakan kongsi, bukan negeri, dalam persekutuan.

“Apa pun jua logiknya, kita berhak mendapat kesaksamaan dari segi perwakilan di parlimen. Saya fikir ini adalah amalan standard dalam sebarang bentuk perkongsian sama rata yang lain,” kata Chua.

Beliau juga membayangkan bahawa pembangunan Sabah akan semakin pesat apabila ia akhirnya mendapat lebih banyak bilangan kerusi di parlimen.

“Lebih banyak bilangan kerusi bermakna lebih banyak peruntukan.

“Sabah sentiasa dikatakan sebagai yang termiskin di negara ini. Kita boleh mengubah ini. Tetapi kita perlu, antara lain, jumlahnya dahulu,” tambahnya.

Sabah Maju Jaya

facebook, michat, telegram, Uncategorized, watsapp, youtube

Kebajikan Rakyat Lebih Utama daripada kepentingan Politik – Kenny Chua

Kota kinabalu : Kenny Chua mengharapkan kebajikan rakyat lebih utama Daripada Kepentingan Politik

politik dan kuasa tidak dapat dipisahkan. apabila berbicara mengenai politik, ia merujuk kepada bagaimana kuasa digunakan oleh sesetengah yang memilikinya untuk menentukan hala tuju pemerintahan, pentadbiran dan juga wujud di dalam mana-mana organisasi tersebut.

justru, sesorang pemimpin seharusnya menyedari bahawa kuasa politik yang diamanahkan oleh rakyat melalui proses pemilihan, perlu digunakan sebaiknya bagi mencapai matlamat tertentu.

antara matlamat ini adalah memastikan kebajikan rakyat terbela. Ini dapat dilihat bahawa rakyat berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam memastikan kelangsungan hidup

kebajikan untuk rakyat meliputi pelbagai aspek seperti kesihatan yang baik, keselesaan dan kesejahteraan hidup. Bagi memastikan semua aspek kebajikan terpelihara, pihak yang perkasakan dengan bantuan-bantuan yang bersesuaian. Kesejahteraan hidup yang meliputi pelbagai dimensi seperti merasa aman selama dan dilindungi serta wujudkan peluang untuk meningkat kualiti hidup individu dan keluarga tahap yang lebih baik juga adalah antara focus penting bagi program dan dasar berkaitan

melalui kuasa yang diperolehi perlu melaksanakan amanah kepemimpinan dengan penuh bertangungjawab dan sentiasa peka tentang kebajikan rakyat. Apabila kebajikan rakyat diletakan sebagai satu keutamaan, pihak yang bersaing tidak kira menang atau kalah akan terus membela nasib rakyat. Usaha sebegini tidak harus terhenti disebabkan kegagalan mendapatkan kuasa memimpin ataupun kedudukan di dalam sesebuah kerajaan.

MERRY CHRISTMAS

facebook, michat, telegram, Uncategorized, watsapp, youtube

Cadangan Pindaan Kewarganegaraan: “STAR” risau beri kesan kepada orang asal- Kenny Chua

Cadangan Pindaan Kewarganegaraan: STAR risau beri kesan kepada Orang Asal

KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanahairku (STAR) Sabah menyatakan kerisauan kesan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan kepada penduduk Orang Asal di Sabah dan Sarawak.

Menurut Naib Presiden parti tersebut Datuk Kenny Chua (gambar) ini adalah kerana masih terdapat penduduk Orang Asal di kedua negeri Borneo itu yang masih lagi tidak mempunyai status kewarganegaraan atau memegang MyPR dan bukan MKenny Chua yKad.

“Saya menggesa Kerajaan Persekutuan melihat isu ini secara terperinci dan berhati-hati kerana ini akan memberi kesan kepada mereka.

“Bagi saya, penduduk ini adalah rakyat Sabah yang lahir di Sabah. Hanya mereka tidak mendapat akses kepada dokumen peribadi ketika itu kerana mereka dilahirkan dan ramai yang masih tinggal jauh di pendalaman,” katanya dalam satu kenyataan.

Hal ini dibangkitkan oleh Sabah and Sarawak Chapters of SCO Platform for Reform yang mengatakan bahawa kerajaan Madani sepatutnya menyediakan statistik yang tepat, telus dan mempunyai akauntabiliti sebelum mengeluarkan naratif tersebut kepada umum.

“Ini sepatutnya dilakukan kerana bagaimanakah kita boleh mencadangkan pindaan tanpa pengetahuan yang menyeluruh tentang isu dan situasi penduduk yang tidak berkewarganegaraan khasnya di Sabah.

“Kita perlu lihat data terlebih dahulu, dan itupun kalau ada,” katanya.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada awal bulan berkata cadangan pindaan undang-undang Malaysia berkaitan kewarganegaraan akan menutup laluan kepada kanak-kanak tanpa kewarganegaraan untuk mendapatkan status kewarganegaraan.

Walaubagaimanapun, katanya mereka masih mempunyai saluran undang-undang untuk berurusan berkenaan hal tersebut.

“Saya tidak dapat bayangkan betapa sakit dan susahnya bagi keluarga Orang Asal yang dianggap tidak mempunyai kewarganegaraan jika candagan pindaan tersebut diluluskan,” kata Chua.

Sehubungan dengan ini, dia mencadangkan agar Sabah dan Sarawak diberikan penuh kebebasan dan kawalan dalam hal berkaitan pendaftaran kewarganegaraan.

“Lagi pun, kita tinggal di kepulauan Borneo dan dipisahkan dengan Malaya oleh Laut China Selatan.

Oleh yang demikian, adalah praktikal jika kuasa ini diturunkan kepada negeri kita karana kita lah yang faham situasi kita.

“Inilah naratif kita selama ini,” katanya.

Menurutnya, Sabah pernah mempunyai kad pengenalannya sendiri hingga 1 Jun 1972 apabila Ordinan Pendaftaran Nasional 1962 Sabah mansuhkan dan Akta Pendaftaran Nasional 1959 pula dipanjangkan ke negeri ini.