facebook, telegram, watsapp, youtube

Rang Undang-undang Penangkapan Karbon baharu tidak terpakai untuk Sabah – Jeffrey


HomeUtamaRang Undang-undang Penangkapan Karbon baharu tidak terpakai untuk Sabah – Jeffrey
Utama
Rang Undang-undang Penangkapan Karbon baharu tidak terpakai untuk Sabah – Jeffrey

June 18, 2024

Datuk Seri Jeffrey Kitingan

KOTA KINABALU: Sabah bersetuju dengan pendirian kerajaan Sarawak bahawa cadangan Rang Undang-undang Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) baharu yang akan dibentangkan di Parlimen akhir tahun ini tidak terpakai kepada Negeri Borneo dan tidak sepatutnya meliputi Sabah seperti Sarawak, kata Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

“Terdapat pemisahan yang jelas dalam bidang kuasa secara perlembagaan bahawa kedua-dua perkara tanah dan perhutanan adalah perkara negeri di bawah senarai negeri dan di bawah bidang kuasa kerajaan Sabah” kata Jeffrey, yang juga menteri bertanggungjawab dan Pengerusi Pemandu Karbon Negeri dan Jawatankuasa Kabinet Pemantauan dalam kenyataannya hari ini.

Jeffrey berkata, Sabah juga merupakan negeri penggerak pertama yang melihat hasil dan peluang sosio-ekonomi yang timbul daripada pasaran global untuk kredit karbon.

“Negeri Sabah sebenarnya telah menandatangani perjanjian yang diperlukan untuk menjana sumber pendapatan baharu bagi negeri untuk jualan kredit karbon daripada 2 juta hektar hutan tropika sekali gus memeliharanya.

“Ia bukan sahaja memelihara hutan hujan tetapi juga menyediakan dana dan peluang yang sangat diperlukan untuk orang asli di Sabah dan pada masa yang sama mematuhi banyak daripada 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu seperti tiada kemiskinan, kesaksamaan jantina, air bersih dan sanitasi, kerja yang baik dan pertumbuhan ekonomi, mengurangkan ketidaksamaan, melindungi dan menggalakkan ekosistem mampan hutan dan menghentikan kehilangan biodiversiti.

“Lebih-lebih lagi di Sabah yang banyak bergantung kepada industri pelancongan dengan penekanan kepada persekitaran semula jadi dan asli, matahari, laut serta kepelbagaian bio yang banyak,”jelasnya.

Justeru itu, katanya, dengan program penjanaan kredit karbonnya, Sabah walaupun sudah menjadi negeri negatif karbon, akan terus menyumbang kepada matlamat perubahan iklim Malaysia dan membantu negara dalam mencapai Sumbangan Yang Ditentukan Secara Nasional (NDC).

“Malaysia komited untuk mengurangkan pelepasan karbon seluruh ekonomi tanpa syarat sebanyak 45% dari segi KDNK berbanding tahap 2005nya.

“Dengan program pengurangan karbonnya sendiri, Sabah sudah maju dan berada pada kedudukan yang baik untuk bertanggungjawab ke atas potensi kredit karbonnya di bawah undang-undang tanah dan perhutanan Sabah sendiri dengan atau tanpa cadangan undang-undang CCUS baharu kerajaan Persekutuan.

“Seperti yang diiktiraf di bawah Perkara 1(3) Perlembagaan Persekutuan, tanah Sabah termasuk tanah di bawah air dan sempadannya menjangkau ke pelantar benua sejak 1954,” katanya.

Menurutnya, faedah sosio-ekonomi program kredit karbonnya adalah selaras dengan visi negeri untuk membangunkan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2021-2025 dan dalam proses menggubal undang-undang penangkapan dan penggunaan karbonnya sendiri serta mengemas kini Enakmen Hutan 1968 termasuk menjadikan “karbon” sebagai hasil hutan.

“Justeru, tidak ada keperluan untuk CCUS diperluaskan ke Sarawak dan Sabah seperti yang dimaklumkan dalam mesyuarat Majlis Perubahan Iklim Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri di Putrajaya Jumaat lalu,” tegas Jeffrey.

facebook, michat, telegram, Uncategorized, watsapp, youtube

Sabah sasar capai 42% enrolmen pelajar dalam sistem menjelang 2025

12 DISEMBER 2023

𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐂𝐀𝐏𝐀𝐈 𝟒𝟐% 𝐄𝐍𝐑𝐎𝐋𝐌𝐄𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟓

KENINGAU: Sabah mensasarkan mencapai kadar enrolmen semasa pelajar dalam subjek sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) sebanyak 42 peratus menjelang tahun 2025. Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, pada masa ini Sabah yang merekodkan enrolmen semasa pelajar STEM sebanyak 28 peratus, berada di tempat kedua terbelakang dalam kedudukan national.

Beliau berkata, isu enrolment merupakan salah satu isu akar umbi yang perlu diselesaikan dan dengan momentum program yang berterusan oleh pihak kerajaan serta sokongan masyarakat termasuk ibu bapa, Sabah dijangka akan mencapai sasaran sebanyak 42 peratus kadar enrolmen menjelang tahun 2025. “Usaha ini seiring dengan komitmen kerajaan negeri yang komited untuk memberikan pendidikan terbaik kepada rakyat Sabah, khususnya berkaitan STEM dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti”, katanya pada Majlis Perasmian Pusat Sains Keningau di Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau pada Selasa.

Teks ucapan Hajiji dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri I/Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Negeri, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Datuk Kitingan.
Hajiji berkata, Kerajaan sentiasa mengambil berat berkaitan dengan tahap kesiapsediaan golongan muda mendepani arus perubahan global yang sukar dijangkakan, terutama berkaitan trend pekerjaan masa depan kerana menjelang tahun 2027 dijangkakan 69 juta pekerjaan baharu berkaitan STEM akan dicipta, manakala 83 juta pekerjaan sedia ada akan dihentikan.

“Pelbagai usaha pembudayaan sains juga telah dilaksanakan melibatkan kerjasama bersama rakan strategik daripada negeri dan persekutuan serta agensi dalam dan luar negara dengan objektif untuk memupuk pelajar meminati subjek STEM seterusnya cenderung untuk memilih laluan kerjaya dalam bidang tersebut”.

“Dengan pendidikan yang terbaik termasuk menguasai sains, teknologi dan inovasi, kita berupaya untuk mengubah kualiti hidup rakyat yang pada akhirnya akan menyumbang kepada kejayaan dan kecemerlangan negara khususnya negeri Sabah. Ia juga sejajar dengan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang memberi penekanan kepada pembangunan modal insan”, tegasnya.

Katanya, penubuhan pusat sains sebagai hab ilmu yang interaktif, inspiratif, dan inklusif bagi membawa pembelajaran sains kepada tahap yang lebih tinggi, merupakan satu inisiatif progresif kerajaan yang bertujuan melonjakkan arus pembangunan ilmu pengetahuan dan teknologi di negara ini khususnya di Sabah.
Menurutnya, Ia merupakan satu langkah yang dilaksanakan dengan tekad dan visi yang tinggi oleh kerajaan, memandang kepada keperluan mendesak untuk memajukan pendidikan sains dan teknologi di kalangan rakyat.

Hajiji berkata, Pusat Sains Keningau yang bernilai RM3.0 juta melalui peruntukan pembangunan Rancangan Malaysia Ke-12, bukanlah semata-mata sebuah bangunan, ia adalah simbol kecekalan dan daya kreativiti dalam mengajar sains melalui pendekatan yang tidak konvensional, sebaliknya konsep hands-on, minds-on, hearts-on yang diperkenalkan merupakan satu bentuk revolusi dalam pengajaran dan pembelajaran sains.

Usaha ini untuk mencetuskan minat dalam kalangan pelajar, membawa mereka ke dalam aliran sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM). Katanya, penubuhan pusat sains ini juga adalah usaha kerajaan untuk memberi peluang sama rata kepada pelajar dan masyarakat di pedalaman atas. Ia merupakan langkah ke arah menyamakan taraf pengalaman sains dalam kalangan pelajar bagi memastikan tidak ada jurang pengalaman dan keciciran antara mereka yang tinggal di bandar dan di kawasan pedalaman.

“Ini juga dapat membentuk dan melahirkan generasi muda yang bukan sahaja terampil dalam bidang STEM tetapi juga mempunyai daya kreativiti dalam mencipta inovasi, semangat kewirausahaan dalam mengkomersialkan hasil karya, seterusnya memberi impak ekonomi yang besar kepada kawasan setempat khususnya daerah Keningau”, tambahnya.

𝑆𝑢𝑚𝑏𝑒𝑟 𝑏𝑒𝑟𝑖𝑡𝑎;
𝑃𝑒𝑗𝑎𝑏𝑎𝑡 𝑀𝑒𝑑𝑖𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝐾𝑜𝑚𝑢𝑛𝑖𝑘𝑎𝑠𝑖, 𝐽𝑎𝑏𝑎𝑡𝑎𝑛 𝐾𝑒𝑡𝑢𝑎 𝑀𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖, 𝐴𝑟𝑎𝑠 31, 𝐵𝑙𝑜𝑘 𝐴, 𝑀𝑒𝑛𝑎𝑟𝑎 𝐾𝑖𝑛𝑎𝑏𝑎𝑙𝑢, 𝐽𝑎𝑙𝑎𝑛 𝑈𝑀𝑆, 𝑇𝑒𝑙𝑢𝑘 𝐿𝑖𝑘𝑎𝑠, 88400 𝐾𝑜𝑡𝑎 𝐾𝑖𝑛𝑎𝑏𝑎𝑙𝑢, 𝑆𝑎𝑏𝑎ℎ.

facebook, michat, telegram, Uncategorized, watsapp, youtube

Majlis penyerahan bendera kontijen SAGA Daerah keningau

12 DISEMBER 2023
MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN SAGA DAERAH KENINGAU

KENINGAU: Kontingen Keningau Juara Sukan Sabah (SAGA) yang ke-10 itulah harapan YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan kepada Kontingen Sukan Sabah (SAGA) Daerah Keningau ketika merasmikan Majlis Penyerahan Bendera Kepada Kontinjen Sukan Sabah (SAGA) Daerah Keningau Tahun 2023 bertempat di Dewan Kementerian Belia Sukan Sabah Keningau.

Dr. Jeffrey G. Kitingan yang juga Ahli Parlimen P180 Keningau dalam ucapanya bersyukur kerana Daerah Keningau sekali lagi dapat menyertai Sukan Sabah (SAGA) yang Ke-10 yang akan di anjurkan di Kota Kinabalu pada 16-22 Disember ini. Menerusi SAGA ini, bakat-bakat baharu dapat dicungkil dan atlet-atlet yang berpotensi dari daerah ini dapat dilahirkan untuk diketengahkan di peringkat yang lebih tinggi.

Menurutnya, penganjuran SAGA ini selaras dengan Dasar Sukan Negeri Sabah dan Dasar Sukan Negara ke arah pembentukan masyarakat berbudaya sukan dan seterusnya, mencapai kecemerlangan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Selain itu, SAGA ini juga merupakan satu platform untuk mengukuhkan perpaduan dan semangat komuniti di antara masyarakat setempat dan dapat mewujudkan suasana kesukanan yang baik dan semangat yang membara demi mengharumkan nama Daerah Keningau, Negeri Sabah dan Negara Malaysia yang tercinta.

Menurutnya lagi, daripada 22 jenis sukan yang akan dipertandingkan, Kontingen Keningau akan menyertai 20 jenis sukan pada tahun 2023 ini. Berdasarkan pencapaian Kontingen Keningau edisi SAGA tahun 2017, Keningau telah merangkul sebanyak 31 emas, 26 perak dan 19 gangsa sekaligus muncul sebagai Juara untuk menamatkan dominasi daerah Kota Kinabalu pada masa itu.
Manakala pada SAGA tahun 2019 , Keningau telah berjaya meraih NAIB JOHAN secara keseluruhan dengan merangkul 26 emas, 19 perak dan 17 gangsa. Oleh itu harapan kepada kontingen SAGA Daerah Keningau agar dapat mengulangi kejuaraan sebelum ini.

Dr. Jeffrey di akhir ucapanya, mengucapkan tahniah kepada semua atlet yang telah bersusah payah menjalani latihan bagi mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental untuk bertanding di pertandingan SAGA pada kali ini dan sebagai pemangkin semangat kesukanan kepada semua atlet SAGA kontingen Keningau, insentif RM 1000 akan diberikan kepada atlet yang berjaya merangkul pingat emas dalam kejohana Sukan Sabah (SAGA) ke-10 ini.

Turut hadir dalam majlis ini adalah
Yang berusaha Mohd Azri Jaini Jeffery, mewakili Pegawai Daerah Keningau, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Daerah Keningau serta Pengurus-Pengurus Pasukan Daerah Keningau.

-MQBG-

facebook, michat, telegram, Uncategorized, watsapp, youtube

Krismas bermakna kasih dan kebaikan untuk semua- Jeffery G.kitingan

KRISMAS BERMAKNA KASIH DAN KEBAIKAN UNTUK SEMUA – KITINGAN

12 Disember 2023

KOTA KINABALU: Sambil kita merayakan perayaan ini, janganlah kita lupa akan makna sebenar Krismas, yang bermakna kasih, belas kasihan, dan kebaikan kepada semua.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan berkata demikian dalam ucaprasmi Perayaan Krismas Kota Kinabalu di Padang Merdeka, hari ini.

“Tema perayaan Krismas bagi Tahun ini “Krismas: Perpaduan Dan Harmoni”, adalah satu refleksi nilai-nilai yang harus kita pegang teguh dalam musim perayaan ini.

“Kita semua adalah satu komuniti, dan kita harus berusaha untuk mempromosikan perdamaian, kasih sayang, dan persefahaman dalam masyarakat Kita.

Tambahnya lagi setiap orang merupakan sebahagian daripada komuniti yang lebih besar.

“Bersama-sama, kita boleh memberikan impak positif dan membawa perubahan yang baik dalam masyarakat kita,” katanya.

Kitingan menggesa supaya menggunakan peluang yang ada untuk menyebarkan kasih, kebaikan dan perpaduan, bukan hanya semasa musim perayaan itu, tetapi setiap masa.

Turut hadir Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Brigadier Jeneral Datuk Al Hambra Tun Juhar dan Datin Scarlett Suhaili Saminding Binti Abdullah, Presiden Majlis Gereja-gereja Sabah Archbishop Datuk Melter Jiki Tais, Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu mewakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Junainah Abbie Dan Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communication Sdn Bhd. Wing K Lee.

facebook, michat, telegram, Uncategorized, watsapp, youtube

Seramai 194 penduduk mukim Ansip sook menyertai Parti Star –

𝗦𝗲𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝟭𝟵𝟰 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗦𝗧𝗔𝗥 𝗱𝗶 𝗠𝘂𝗸𝗶𝗺 𝗔𝗻𝘀𝗶𝗽, 𝗦𝗼𝗼𝗸.

Keningau : Hari ini sebanyak 194 borang keahlian masing-masing 124 daripada Kampung Ansip Laut dan 70 lagi daripada Kampung Pagalungan Ansip.

Borang keahlian tersebut diserahkan oleh wakil Encik Alin @ Peneh Bin Rimin (Kg. Pagalungan Ansip) dan Encik Richard Kindasan (Kg. Ansip Laut) kepada Timbalan Presiden STAR YB Datuk Ellron Angin dalam Program Penyerahan Borang Keahlian Parti Solidariti Sabah Tanah Airku Cawangan Kampung Ansip Laut dan Pagalungan Ansip dan Penyerahan Borang Permohonan Tanah Mandalom Forest, di Rumah Encik Richard Kindasan, Kampung Ansip Laut.

Yakin terhadap agenda perjuangan STAR yang selari dengan hasrat rakyat pedalaman Sabah, menyebabkan mereka mengubah haluan untuk memberikan sokongan penuh kepada parti yang dipelopori oleh Dr. Jeffrey itu.

Terima kasih kepada anda semua yang telah menyerahkan borang keahlian, kemasukan anda ke Parti STAR telah memperkasakan lagi kedudukan parti ini sebagai salah satu parti dominan di Sabah.

Kalau bukan kita, siapa lagi?
Kalau bukan sekarang, bila lagi?
Ini kalilah, “KITA MENANG LAGI”

Admin blog star

facebook, michat, telegram, Uncategorized, watsapp, youtube

Jeffery mengucapkan syabas & tahniah kepada Persatuan Klan liu pembetukan ahli baru

KENINGAU: 10 Disember 2023, Ahli Parlimen P.180 Keningau Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Persatuan Klan Liu (Pang-Cheng) Pedalaman Sabah di atas pembentukan Ahli Jawatankuasa yang baharu hari ini.

Kitingan seterusnya menjadi saksi di Majlis Angkat Sumpah Ahli-ahli Jawatankuasa baharu yang mana Clement Liu telah dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Klan Liu Pedalaman Sabah yang baru.

“Saya sedia maklum bahawa Klan Liu ataupun asal usul Keluarga Liew mempunyai populasi ke-4 paling ramai di dunia,” ujarnya.

Klan Liu masing-masing mempunyai kemajuan dan kejayaan tersendiri dan merupakan salah sebuah persatuan komuniti yang sangat aktif menganjurkan pelbagai aktiviti khasnya di kalangan ahli-ahli mereka.

Sementara itu Pertandingan Nyanyian dalam Bahasa Mandarin memeriahkan lagi suasana malam itu kerana turut disajikan dengan hiburan nyanyian daripada para peserta.

Terlebih dahulu Pengerusi Clement Liu memberi ucapan terimakasih dan penghargaan kepada Timbalan Ketua Menteri kerana meluangkan masa untuk dapat bersama-sama dalam program tersebut.

facebook, michat, telegram, Uncategorized, watsapp, youtube

Peruntukan Pembangunan Tidak Sama hak PERLAMBAGAAN sabah hak hasil sabah tidak perlu dirunding kerana sudah dirunding semasa pembentukan Malaysia – Jeffery G kitingan

PERUNTUKAN PEMBANGUNAN TIDAK SAMA DENGAN HAK PERLEMBAGAAN SABAH
Hak hasil Sabah tidak perlu dirunding kerana sudah dirunding semasa pembentukan Malaysia – Kitingan

10 Disember 2023

KOTA KINABALU: Pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyuarakan kebimbangan mengenai kelewatan kerajaan persekutuan dalam memenuhi Perjanjian Malaysia 1963, terutamanya berhubung pulangan 40% hasil daripada negeri Sabah.

Presiden STAR Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Presiden Parti USNO Tan Sri Pandikar Amin berkata bahawa pemimpin persekutuan gagal memahami hak negeri untuk kerajaan persekutuan mengembalikan 40% hasil daripada Sabah di bawah Perlembagaan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah menegaskan bahawa peruntukan pembangunan dan hak hasil berperlembagaan 40% bukan perkara yang sama.

“Mereka perlu membaca Perlembagaan, Perjanjian Malaysia 1963, Laporan IGC dan perlu tahu tentang tuntutan 20 Perkara, dan secara keseluruhannya, di manakah kita sekarang?” katanya dalam sidang media selepas melancarkan pelancaran GRS Jelajah Wanita Zon 2 di Sekolah Menengah Kian Kok hari ini.

“Hakikatnya 40 peratus (hak perolehan berperlembagaan) berbeza dengan peruntukan pembangunan.

“Malah dalam memperuntukkan bajet pembangunan, (kerajaan pusat) perlu melihat kepada tiga wilayah yang mana Sabah lebih besar daripada semenanjung Malaysia.

“Setiap tahun, apabila saya lihat bajet pembangunan, lebih 87 hingga 90 peratus peruntukan adalah untuk Semenanjung Malaysia, tetapi hanya kira-kira 12 hingga 13 peratus digabungkan untuk Sabah dan Sarawak.

“Mereka harus mengubah dasar itu kerana kita memerlukan lebih pembangunan berbanding Semenanjung Malaysia. Kita lebih berpotensi untuk dibangunkan berbanding Semananjung Malaysia yang hampir mencapai kemuncaknya.”

“Rakyat seharusnya tidak keliru perbezaan antara Peruntukan Pembangunan, peruntukan-peruntukan lain, dan Hak Hasil Berperlembagaan,” katanya.

Khamis lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat Sabah bersyukur kerana negeri itu menerima lebih banyak peruntukan pembangunan sebanyak RM6.6 bilion.

Kitingan berkata Putrajaya tidak boleh mencampur adukkan peruntukan pembangunan dengan hak perlembagaan ke atas hasil Sabah.

“Hak hasil adalah sangat asas dan sepatutnya tidak perlupun dirunding, kerana ia sudahpun dirunding semasa pembentukan Malaysia!” tegasnya.

“Perkara 11 dalam 20 Perkara, Para 24 dalam laporan IGC, dan di bawah artikel 112C dan 112D, dan schedule 10, ini adalah hak berperlembagaan dan langsung tidak ada keperluan perundingan.

“Sudah tentu, berapa banyak yang perlu dibayar, ia bergantung kepada dua perkara termasuk kedudukan kewangan kerajaan persekutuan dan keperluan kewangan negeri. Saat ini keperluan kewangan kerajaan negeri sangat-sangat kritikal!

“Infrastruktur kita sangat ketinggalan jauh, masalah air dan elektrik semakin menjadi-jadi.

“Bagaimana membangun potensi-potensi yang ada? Bagaimana membangun padi mendapatkan jentera kalau tidak ada wang?

“Kita tidak mengambil wang kerajaan persekutuan atau mana-mana negeri lain, ia adalah wang kita yang mereka kutip, mereka hanya perlu pulangkan berdasarkan formula.

“Formula sudah tersedia, tidak perlu mencipta formula lain kerana 40% telah mencatatkan apa yang harus dimasukkan.

Namun, kita terima bayaran interim sebanyak RM300 juta tetapi berharap dapat menyelesaikan isu hak 40% Sabah dalam masa setahun.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Tan Sri Pandikar Amin berkata sepanjang tempoh 10 tahun beliau sebagai Speaker Dewan Rakyat, terdapat penggubal undang-undang yang tidak tahu dan tidak faham mengenai dokumen dan perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menurutnya penangguhan disebabkan ramai penggubal undang-undang tidak mengetahui butiran Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Dengan hormat kepada sebahagian daripada mereka, mereka tidak tahu Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC), Suruhanjaya Cobbold, mahupun proses pembentukan Malaysia… sebab itu mereka tidak faham permintaan kita.

“Apabila kita membuat permintaan, sesetengah daripada mereka memandang kita dengan hairan. Jika mereka faham itu (dokumen dan proses), mereka akan menghormati pendapat kita.”

“Apakah yang sukar untuk mentafsir Perkara 112D, untuk memahami Jadual 10, untuk memahami 20 Perkara?

“Dalam perjalanan mencari fakta MA63, kami ke London. Saya terjumpa satu fail yang menyatakan pada masa itu, Sabah bertegas tidak berkompromi dalam isu cukai dan menegaskan hak itu adalah milik negeri,” tambahnya.

Terlebih dahulu Kitingan berkata Ketua Wanita GRS, Datuk Azizah Dun sangat berpengetahuan tentang perjuangan tersebut dan memperkasakan Wanita GRS dari peringkat akar umbi.

Azizah berkata, “Seperti dalam perjuangan kita selalu laungkan, rumah kita, kita jaga. Apakah maknanya? Mereka harus memahaminya dan ini dikatakan ‘empowerment’,”

Jelasnya lagi di peringkat kebangsaan penglibatan wanita dalam politik kurang daripada 15%, sementara itu Sabah mensasarkan untuk menaikkannya kepada 30%.

“Tetapi bukan itu sahaja yang kita lihat dalam perjuangan ini. Yang lebih penting adalah ‘Sabah First’, ‘rumah kita, kita jaga’ dan kita mahu orang Sabah menghayatinya tanpa mengira suku kaum, yang mana lebih daripada 30 etnik …Sayang Sabah. Sabah ini rumah kita, kita jaga, “ katanya.

facebook, michat, telegram, Uncategorized, watsapp, youtube

Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dapat direalisasikan dengan kerjasama rentas kaum, bangsa dan politik Jeffery G.Kitingan

Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dapat direalisasikan dengan kerjasama rentas kaum, bangsa dan politik – Kitingan

11 Disember 2023

KOTA KINABALU: Aspirasi SMJ adalah selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan, dan Sabah berada di landasan yang tepat dalam memenuhi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Kitingan berharap supaya APPGM-SDG dapat meneruskan lebih banyak program-program penyelesaian di peringkat akar umbi dan menjadi agen perubahan kepada pembangunan wilayah Sabah.

“Pastinya ini semua hanya dapat direalisasikan dengan kerjasama dari semua pihak berkepentingan selaras aspirasi SDG ke 17, tidak kira latar belakang dan merentasi semua kaum, bangsa dan politik,” katanya.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan berkata demikian di Majlis Perasmian Penutup Program Pembangunan Kapasiti Rakan Kepada Solusi Wilayah Sabah 2023.

Beliau turut menyatakan sokongan penuhnya terhadap matlamat program tersebut, yang mana menyediakan program pembangunan kapasiti kepada rakan pelaksana dan Solusi untuk memastikan projek di akar umbi yang dilaksanakan membawa impak lebih besar dan mampan kepada komuniti dan golongan sasar.

Selaku Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Kitingan berkata beliau akan sentiasa memberi galakan dan sokongan kepada usaha berterusan APPGM-SDG.

“Sebagai ahli kerajaan negeri dan ahli parlimen, boleh dikatakan saya juga adalah sebahagian daripada APPGM-SDG,” ujarnya.

Jelasnya Malaysia komited kepada 17 matlamat yang merangkumi aspek kemanusiaan, kemakmuran, kebumian, keselamatan dan kerjasama, yang merupakan Matlamat Pembangunan Mampan yang dikemukakan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York pada tahun 2015, dan perlu dicapai pada 2030 iaitu tempoh tinggal 7 tahun dari sekarang.

“Kumpulan bi-partisan APPGM-SDG telah diberikan mandat oleh Parlimen Malaysia untuk bekerjasama dengan semua ahli-ahli parlimen dan pihak berkepentingan agar aspirasi global ini dapat di lokalisasi di peringkat kawasan parlimen,” katanya.

Menurutnya setakat dari 200 hingga tahun 2023, sebanyak 97 projek Solusi di lebih 14 Kawasan Parlimen seluruh Sabah, dijalankan oleh lebih 54 Solusi yang terdiri daripada universiti awam antaranya UiTM dan UMS, bukan badan kerajaan, Koperasi, dan juga usahawan sosial.

Seperti yang dijalankan oleh NGO Pikos, Projek Solusi yang dijalankan merangkumi program penyelesaian isu air bersih, penjanaan pendapatan golongan B40, pemerkasaan wanita dan belia, kemahiran kepada golongan OKU, pendidikan kepada golongan terpinggir dan terpencil dan juga pembinaan pusat pembelajaran komuniti.

Sementara itu penghargaan seperti penganugerahan SDG Icon Leadership Award kepada Amran Jining, Dr Rizoh, Reef Check dan UCSF, dan beberapa rakan Solusi APPGM-SDG mendapat Anugerah Perdana Belia Negara menunjukkan usaha-usaha ini turut melahirkan pemimpin-pemimpin masa depan yang cemerlang kea rah kesejahteraan wilayah Sabah.

“We need more people like you for our country. Congratulations!” ujarnya.

Kitingan yang juga adalah ahli parlimen P.180 Keningau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Pengerusi APPGM-SDG yang juga ahli parlimen P.169 Kota Belud, Isnaraissah Munirah Bt Majilis @ Fakharudy yang bukan sahaja sentiasa membantu tetapi sentiasa berjuang di parlimen untuk hak-hak Sabah.

Terlebih dahulu Munirah berkata perkara utama yang membawa perkara maju ke hadapan dan lebih mampan (sustainable) ialah mengadakan lebih banyak kerjasama (collaboration) bukan sekadar dengan APPG-SDG sahaja tetapi juga dengan kementerian-kementerian yang berkaitan.

facebook, michat, telegram, Uncategorized, watsapp, youtube

Majlis Datuk-datuk Negeri Sabah (MDNS) organisasi kecil membantu masyarakat

Majlis Datuk-Datuk Negeri Sabah (MDNS) organisasi kecil membantu masyarakat

KOTA KINABALU: 8 Disember 2023, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan menghadiri Majlis Datuk-Datuk Negeri Sabah (MDNS) sempena hari jadi ke-70 Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar Bin Datuk Haji Mahiruddin diiringi Yang di-Pertua Datuk Seri Panglima (Dr.) Hajah Norlidah binti Tan Sri Datuk R.M. Jasni di Grand Ballroom The Magellan Sutera Harbour Resort hari ini.

Terlebih dahulu Timbalan Ketua Menteri Sabah menjunjung kasih atas kesudian Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan berangkat hadir ke majlis itu.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor dalam ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri berkata walaupun Majlis Datuk-Datuk Negeri Sabah (MDNS) sebuah organisasi kecil, ia telah melaksanakan pelbagai aktiviti untuk membantu masyarakat termasuklah semasa keadaan mencabar sepanjang pandemic Covid-19.

“Usaha anda dalam mengangkat nasib mereka yang memerlukan adalah terpuji. Anda telah mendekati anak-anak yatim, belia dan warga emas, orang buta dalam masyarakat kita, belia yang menganggur, penduduk kampung dan masyarakat dengan menyumbangkan bantuan kewangan, makanan, perkhidmatan kesihatan, pakaian, kasut dan bahan di kawasan pedalaman dan juga dalam memberi peluang kepada golongan yang kurang bernasib baik untuk membantu mereka bergerak ke hadapan dalam kehidupan mereka. Dengan melaksanakan rancangan, MDNS telah benar-benar menunjukkan kuasa komitmen, dedikasi dan kerja berpasukan,” katanya.

Menurutnya, kejayaan MDNS tidak mungkin tercapai tanpa visi, komitmen dan kerja keras ahli-ahlinya.

“Saya memuji setiap orang atas usaha gigih dan dedikasi dalam membuat perubahan ke dalam kehidupan mereka yang memerlukan. Semangat dan daya tahan anda telah menjadikan anda antara banyak NGO yang telah bangkit untuk meletakkan asas bagi masyarakat yang lebih inklusif dan makmur,” katanya.

Jelasnya Kerajaan Negeri menghargai komitmen MDNS dan juga organisasi yang sehaluan dalam melengkapkan usahanya.

“Saya berharap usaha MDNS membuat perubahan akan terus memberi impak yang berkekalan ke atas masyarakat yang lebih luas. Impak positif yang anda bawa sudah tentu menjadi pelengkap kepada aspirasi Kerajaan untuk menambah baik dan meningkatkan kesejahteraan rakyat di bawah aspirasi pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya kerajaan,” katanya.

Menurutnya MDNS sedang mewujudkan projek perintis pertanian organik di bawah Tanggungjawab Sosial Komuniti (CSR) untuk membantu penduduk di Kg Purak, Papar mempelajari dan memperoleh kemahiran dalam pertanian organik.

Ia bukan sahaja menjadi aset kepada mereka tetapi akhirnya akan membantu mereka menjana pendapatan dan sara diri.

facebook, michat, telegram, Uncategorized, watsapp, youtube

Empangan Hidroeletrik ulu padas bernilai 4 bilion dijangka siap pada tahun 2027

Empangan Hidroelektrik Ulu Padas bernilai 4 billion dijangka siap pada tahun 2027

TENOM: 7 Disember 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor menghadiri Majlis Pecah Tanah Empangan Hidroelektrik Ulu Padas di Kg Kungkular, Tenom hari ini.

Pengerusi Sabah Energy Corperation Datuk Anuar Ayub yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri N.41 Liawan berkata Empangan Hidroelektrik bernilai RM4 bilion di Ulu Padas yang akan dibina dan dijangka siap pada 2027 itu merupakan salah satu penyelesaian jangka panjang mengatasi masalah kekurangan bekalan elektrik dan air.

Turut menyambut ketibaan Perdana Menteri Malaysia ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G Kitingan, Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah merangkap ADUN N.40 Bingkor Datuk Robert Tawik, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Armizan Mohd Ali, Ahli Parlimen Tenom Riduan Rubin, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk James Ratib, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan, gamuda berhad, Pengarah Kerjaya Kagum Hitech JV Sdn. Bhd., dan para pemimpin Sabah yang lain.