
12 DISEMBER 2023
MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN SAGA DAERAH KENINGAU
KENINGAU: Kontingen Keningau Juara Sukan Sabah (SAGA) yang ke-10 itulah harapan YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan kepada Kontingen Sukan Sabah (SAGA) Daerah Keningau ketika merasmikan Majlis Penyerahan Bendera Kepada Kontinjen Sukan Sabah (SAGA) Daerah Keningau Tahun 2023 bertempat di Dewan Kementerian Belia Sukan Sabah Keningau.



Dr. Jeffrey G. Kitingan yang juga Ahli Parlimen P180 Keningau dalam ucapanya bersyukur kerana Daerah Keningau sekali lagi dapat menyertai Sukan Sabah (SAGA) yang Ke-10 yang akan di anjurkan di Kota Kinabalu pada 16-22 Disember ini. Menerusi SAGA ini, bakat-bakat baharu dapat dicungkil dan atlet-atlet yang berpotensi dari daerah ini dapat dilahirkan untuk diketengahkan di peringkat yang lebih tinggi.
Menurutnya, penganjuran SAGA ini selaras dengan Dasar Sukan Negeri Sabah dan Dasar Sukan Negara ke arah pembentukan masyarakat berbudaya sukan dan seterusnya, mencapai kecemerlangan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Selain itu, SAGA ini juga merupakan satu platform untuk mengukuhkan perpaduan dan semangat komuniti di antara masyarakat setempat dan dapat mewujudkan suasana kesukanan yang baik dan semangat yang membara demi mengharumkan nama Daerah Keningau, Negeri Sabah dan Negara Malaysia yang tercinta.



Menurutnya lagi, daripada 22 jenis sukan yang akan dipertandingkan, Kontingen Keningau akan menyertai 20 jenis sukan pada tahun 2023 ini. Berdasarkan pencapaian Kontingen Keningau edisi SAGA tahun 2017, Keningau telah merangkul sebanyak 31 emas, 26 perak dan 19 gangsa sekaligus muncul sebagai Juara untuk menamatkan dominasi daerah Kota Kinabalu pada masa itu.
Manakala pada SAGA tahun 2019 , Keningau telah berjaya meraih NAIB JOHAN secara keseluruhan dengan merangkul 26 emas, 19 perak dan 17 gangsa. Oleh itu harapan kepada kontingen SAGA Daerah Keningau agar dapat mengulangi kejuaraan sebelum ini.


Dr. Jeffrey di akhir ucapanya, mengucapkan tahniah kepada semua atlet yang telah bersusah payah menjalani latihan bagi mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental untuk bertanding di pertandingan SAGA pada kali ini dan sebagai pemangkin semangat kesukanan kepada semua atlet SAGA kontingen Keningau, insentif RM 1000 akan diberikan kepada atlet yang berjaya merangkul pingat emas dalam kejohana Sukan Sabah (SAGA) ke-10 ini.

Turut hadir dalam majlis ini adalah
Yang berusaha Mohd Azri Jaini Jeffery, mewakili Pegawai Daerah Keningau, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Daerah Keningau serta Pengurus-Pengurus Pasukan Daerah Keningau.
-MQBG-